« September 2018 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «

Blog Sekolah
Saturday, 3 May 2008
Program Bakti Siswa USM 2008
Mood:  happy
Pihak USM telah menjalankan program motivasi bagi murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun 2008 ini.. Semoga  bakti dan keringat pihak tuan/puan di balas oleh Allah.

Posted by sektem2004 at 8:53 PM EDT
Sunday, 17 February 2008
Kejohanan Bolasepak MSSM Daerah Bera
Mood:  bright
Tahniah kepada pasukan bolasepak Zon Bera yang telah berjaya menjadi johan dalam Kejohanan Bolasepak MSSM Daerah Bera yang diadakan di SK Bukit Pucong pada 13/2/2008 lalu. Seorang murid sekolah ini telah dipilih untuk mewakili Daerah Bera untuk ke peringkat negeri yang akan diadakan di Bentong. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Adik Zulhairi Izaan Bin Anuar. Buat sehabis baik dan Semoga berjaya!

 



Posted by sektem2004 at 2:34 AM EST
Kejohanan Bolasepak MSSM Zon Bera
Mood:  bright
Tahniah kepada pasukan bolasepak sekolah yang telah berjaya menjadi johan Kejohanan Bolasepak MSSM Zon Bera yang diadakan pada 6/2/2008 lalu. Ini adalah tahun kedua berturut-turut pasukan sekolah memenangi kejohanan ini. Pasukan Sekolah telah berjaya menewaskan pasukan naib johan - SK Triang 3 dengan penalti 3-1. Seramai 4 orang murid sekolah ini telah dipilih mewakili Zon Bera. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang yang telah memberikan sokongan moral dan bantuan kewangan kepada pasukan sekolah. Syabas.

Posted by sektem2004 at 2:23 AM EST
Updated: Sunday, 17 February 2008 2:48 AM EST
Tuesday, 29 January 2008
Majlis Tilawah Al-Qur'an & Sambutan Maal Hijrah 1429h

Sambutan pada pagi ini telah diadakan dengan meriah. Semua peserta termasuk guru terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Majlis diadakan pada pagi tersebut dengan ucapan guru besar sebagai pembuka majlis.

4 kategori dipertandingankan:

Antaranya : - Tilawah Al-Qur'an, Hafazan, Bercerita Kisah Dari Al-Qur'an dan Tulisan Jawi.

Maklumat selanjutnya boleh didapati dari : Panitia Pendidikan Islam


Posted by sektem2004 at 8:38 PM EST
Sunday, 20 January 2008
Aktiviti Merentas Desa
Mood:  cool
Aktiviti latihan merentas desa pada hari ini meriah dengan penglibatan semua murid dari tahun 3 - 6. Semuanya terlibat sama memandangkan mata yang dikumpulkan oleh individu akan disumbangkan kepada rumah sukan masing-masingWink

Posted by sektem2004 at 12:01 AM EST
Updated: Sunday, 20 January 2008 8:38 PM EST

Newer | Latest | Older